Wednesday, March 7, 2012

Majlis Ilmu : WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA SAIDINA ALI BIN ABI TALIB PADA HARI PERKAHWINANNYA DENGAN ANAKANDA BAGINDA, FATIMAH AZ ZAHRA

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA SAIDINA ALI BIN ABI TALIB PADA HARI PERKAHWINANNYA DENGAN ANAKANDA BAGINDA, FATIMAH AZ ZAHRA

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal’un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah’.Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:

”Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta”
(Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.
Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba.Bahawasanya orangberbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

kredit to : http://www.facebook.com/norazah.karim

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran buat isteriku.

Hari ini hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta. sayangnya tidak dapat bersama menyambutnya kerana berada jauh. esok nak periksa akhir semester. terima kasih kepada kedua anak jantan kerana telah berjaya 'menguruskan' sambutan. Anak bungsu yang berumur 11 tahun telah menempahkan kek dan membayarkannya hasil daripada perkongsian kami tiga beranak. biasanya ayah le yang buat semua tu. tapi bila ayah jauh... hazim dah boleh uruskannya. terima kasih Hazim dan Syahmi..

Sunday, May 1, 2011

Semester ini kena pulak mengikuti Subjek Kesusasteraan Melayu ( SBLM 2033). Memang subjek yang voommmm. dari dulu memang meminati sastera...
semua tugasan dibuat menerusi maya atau siber... first time belajar macam tu... pensyarahnya memang hebat.

tugasan pertama :
Apa yang anda faham dengan makna kesusasteraan? Kemukakan contoh-contoh karya sastera yang pernah anda baca dan hayati.

Kesusasteraan ialah satu hasil karya seni yang menggambarkan keindahan bahasa yang dilahirkan dalam bentuk lisan dan tulisan. Perkataan kesusasteraan itu sendiri bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sejak zaman berzaman Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Saban hari kita menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Selain daripada itu, kita mendengar dan menikmati lagu yang mengandungi lirik lagu yang juga merupakan hasil sastera.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Dari segi bentuk pula, Kesusasteraan boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi.

Kesusasteraan bentuk Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Manakala kesusasteraan bentuk Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

Contoh karya sasteraan yang telah dibaca ialah seperti novel, cerpen, sajak pantun.
Karya yang pernah dibaca ialah
i. Badai Semalam karya Khadijah Hashim sebagai karya wajib untuk Peperiksaan SPM dahulu. Novel ini mengisahkan perjuangan seorang gadis bernama Masni dalam menempuh kehidupan demi mencapai cita-citanya.
ii. Keluarga Gerilya sebuah kayra Pramoedya Ananta Toer yang menjadi karya teks bagi peperiksaan STPM.Keluarga Gerilya adalah kisah tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan negara.
iii. Perjudian karya S. Othman Kelantan ,sebuah lagi novel yang menbawa tema perjuangan manusia dalam menempuh hidup. Mengisahkan seorang petani tua yang menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan semasa mengusahakan tanah hutan. Diuji dengan kematian anak-isteri, binatang buas, kerajaan dan kemusnahan ladang. Juga mengisahkan seorang hamba Allah yang amat kuat keimanannya.
iv. Esok Yang Cemilang . Sebuah Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2004. Memuatkan sebanyak 48 buah cerpen yang terbaik dipilih peraduan yang dianjurkan.

Friday, April 9, 2010



salam.
lama benor blog ini tidak di kemaskinikan.. banyak perkara yang bermain di benak. bukan malas tapi cuma tak rajin aje.

tapi bila dah ramai kengkawan, anak murid singgah kat sini, terasa malu juga ... apelah cikgu ni, kerjenye mengajor komputer, ajor orang buat blog, tapi blog dia hampaeh. "dah bersawang" kata pak saudara saya ket pahang nuh...

la ni mase dah jadi veteransiswa ni... nak pulak dah abis priksa, adelah sikit mase. cubelah update sikit. dah tua baru nak belajor... malu kat anak murid eh.. deme dah masing-masing bergelar graduan cikgunya terkial-kial belajor.

dah le... lain kali sambung ...

Sunday, June 15, 2008

Teman hidup sejak 1996

Jaridah bt Mat Yakob, orang kampung Sungai Ular, kg. Kepayang, Ipoh. Kini meneruskan perjuangan mendidik pelapis pemimpin negara di Sekolah Kebangsaan Sungkai, Perak. Sebelum ini bersama-sama mencurah jasa dan budi di SK Seri Besout. Lepasan Maktab Perguruan Seri Pinang, Pulau Pinang pada tahun 1992.



Saturday, June 14, 2008

Pengenalan diri





Seorang anak pahang di perantauan.Dilahirkan di Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang. Pernah menunutu di SK relong, SMK Padang Tengku,SM Clifford. Bergelar cikgu setelah menamatkan kursus di MPTAA Kuantan. Telah berpuluh tahun berkhidmat di negeri orang demi membangunkan anak bangsa di Felda Gunung Besout iaitu SK seri Besout.
Kini mencurah bakti membimbing guru-guru dalam bidang ICT dan PSS dengan berkhidmat bersama Pusat Kegiatan Guru Sungkai.Waris keturunan Tok Linggi.



Bertugas di PKG Sungkai mulai 2004


Menghadiri Bengkel Pembinaan Instrumen Penyelenggaraan ICT

Mesyuarat dan Bengkel Jurulatih ICT Daerah Batang Padang

Bersama Barisan Ketua-ketua PKG Daerah Batang Padang


Menghadiri Konvensyen PKG Kebangsaan di Selesa Hotel, Pord Dikson

Hubungi saya


I made this widget at MyFlashFetish.com.