Sunday, May 1, 2011

Semester ini kena pulak mengikuti Subjek Kesusasteraan Melayu ( SBLM 2033). Memang subjek yang voommmm. dari dulu memang meminati sastera...
semua tugasan dibuat menerusi maya atau siber... first time belajar macam tu... pensyarahnya memang hebat.

tugasan pertama :
Apa yang anda faham dengan makna kesusasteraan? Kemukakan contoh-contoh karya sastera yang pernah anda baca dan hayati.

Kesusasteraan ialah satu hasil karya seni yang menggambarkan keindahan bahasa yang dilahirkan dalam bentuk lisan dan tulisan. Perkataan kesusasteraan itu sendiri bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sejak zaman berzaman Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Saban hari kita menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan. Selain daripada itu, kita mendengar dan menikmati lagu yang mengandungi lirik lagu yang juga merupakan hasil sastera.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Dari segi bentuk pula, Kesusasteraan boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi.

Kesusasteraan bentuk Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah: cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Manakala kesusasteraan bentuk Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah: Sajak, Syair, Pantun, Gurindam, Lirik, Seloka, Mantera dan sebagainya.

Contoh karya sasteraan yang telah dibaca ialah seperti novel, cerpen, sajak pantun.
Karya yang pernah dibaca ialah
i. Badai Semalam karya Khadijah Hashim sebagai karya wajib untuk Peperiksaan SPM dahulu. Novel ini mengisahkan perjuangan seorang gadis bernama Masni dalam menempuh kehidupan demi mencapai cita-citanya.
ii. Keluarga Gerilya sebuah kayra Pramoedya Ananta Toer yang menjadi karya teks bagi peperiksaan STPM.Keluarga Gerilya adalah kisah tragis sebuah keluarga pejuang yang mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan negara.
iii. Perjudian karya S. Othman Kelantan ,sebuah lagi novel yang menbawa tema perjuangan manusia dalam menempuh hidup. Mengisahkan seorang petani tua yang menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan semasa mengusahakan tanah hutan. Diuji dengan kematian anak-isteri, binatang buas, kerajaan dan kemusnahan ladang. Juga mengisahkan seorang hamba Allah yang amat kuat keimanannya.
iv. Esok Yang Cemilang . Sebuah Antologi Peraduan Menulis Cerita Kanak-kanak Hari Guru 2004. Memuatkan sebanyak 48 buah cerpen yang terbaik dipilih peraduan yang dianjurkan.

No comments:

Hubungi saya


I made this widget at MyFlashFetish.com.